12 April 2012

6 Kekalahan Memalukan United

Salam.Dah bersawang lagi blog aku,maklum la lupa pasword,...xda idea aku rasa ini je yg bole aku review skit2,...team kesayangan hamba baru je kalah semalam.....tiba2 teringat nk buat tajuk ni....act banyak lg,..so aku just hurai mana yg aku ingat je spnjang bergelar Fan.Isu yg lepas2 aku ada ckp pasal kelab aku ni,la nih tgok tang negatif lak sekali skala.....Adat pertandingan,United dibarisi manusia biasa,pasti ada masanya kalah,tetapi 6 kekalahan ini dilihat sangat mengaibkan:

1. MU 1-2 Man City 10.2.2008 Derby Match (50 tahun memperingati Tragedi Munich)


Jiran mereka telah merencatkan sambutan ke50 ulangtahun memperingati Tragedi Munich dengan kemenangan 2-1 hasil jaringan Vassel dan Benjani pd separuh ms pertama,menyebabkan United tertekan dan hanya memperolehi satu goal dari michael Carrick.Pada perlawanan ini,United turun menggunakan replika jersi klasik 1958 sebagai tanda menghayati perjuangan pemain United pd ketika itu.Sebelum perlawanan juga diadakan upacara bertafakur selama seminit oleh Kedua2 pasukan,pemain dan penyokong.

2. MU 1-4 Liverpool 14.3.2009



Sejarah hitam terpalit di Old Trafford apabila dimalukan dengan jaringan yang besar oleh musuh tradisi dalam pertembungan klasik.United pada mulanya dianggap pilihan kerana memenangi perlawanan di Anfield sebelumnya.Kenyataan Rooney 'saya benci Liverpool' sebelum perlawanan nyata tidak menggugat semangat pemain dari Merseyside ini untuk menghukum barisan United.Dua gol penalti dan sepakan percuma dikatakan pembunuh moral pemain United pada ketika ini yang dilihat terperangkap dengan keyakinan mereka sendiri.Lebih parah apabila Nemanja Vidic menjadi punca Fernando Torres mendapatkan gol penyamaan,sebelum dibuang padang pada separuh masa kedua.
Walaubagaimanapun United bangkit semula untuk meneruskan rentak kecemerlangan dan menjadi juara liga untuk musim tersebut.

3. MU 1-2 Chelsea 3.4.2010



Penyebab paling utama United terlepas kejuaraan perdana 2010 kepada Chelsea,ialah dengan kekalahan di gelanggang sendiri kepada pesaing paling rapat ketika itu,menyaksikan mereka terus ketinggalan mata dan hanya menjadi naib juara 2009/2010.Walaupun gol kedua Didier Drogba didapati offside,ia dikatakan sudah terlewat untuk mengubah keputusan.Perlawanan ini penuh ketegangan dimana Chelsea membuka tirai jaringan menerusi kuisan cantik Joe Cole,sebelum selesa pada lewat permainan dengan 2-0.Gol Fletcher sekadar merapatkan perbezaan.

4.FC Barcelona 3-1 MU (2011 UEFA Champions League Final)



Ayam.Hanya itu yang hanya boleh diperkatakan pada pertembungan ini.Mampu berserah pada waktu itu.Sungguhpun Wembley dikatakan Old Trafford kedua United,ternyata strategi tanpa striker barcelona memang tidak mampu disangkal lagi.Totally penguasaan dan Position dimiliki sepenuhnya barisan Pep Guardiola,dibantu dengan kecemerlangan Lionel Messi,pemain terbaik dunia yang mendominasi anugerah selama 3 tahun berturut-turut.Tidak banyak yang boleh diperkatakan,terserlah 'langit dan bumi' nya.Permainan United dilihat agak terbatas berbanding semasa mereka tewas 0-2 pada pasukan sama 2 tahun sebelumnya di Rom.Pada waktu United dilabel ketandusan perancang inilah lahir generasi midfield United yang baru,Tom Cleverly yang dilihat mampu meningkat naik selepas membantu United menewaskan Barca tidak lama selepas itu pada perlawanan persahabatan di USA.

5.MU 1-6 Man City 23.10.2011



Kekalahan terbesar di gelanggang sendiri,lebih pedih,kepada 'jiran yang bising' mereka.perlawanan Derby yang disangkakan hangat menjadi igauan paling ngeri kepada United,khususnya peminat.Aku sendiri turut mengalami kesukaran sepanjang 2-3 bulan ketika itu.Jentera City diterajui kebijaksanaan David Silva berterusan menghukum kelemahan posisi United,yang menyaksikan mereka mendahului 3-0 menerusi 2 gerakan menarik.Walaupon Fletcher berusaha merapatkan jurang,ternyata mereka terus ditekan dan akhirnya,3 minit terakhir menceritakan segala-galanya.Dikala peminat-peminat sudah keluar dari stadium,City tanpa belas kasihan melepasi satu demi satu through ball dan mendiamkan kesemua penyokong United.Ferguson turut menyatakan rasa terkejut serta tidak dapat mempercayai hakikat tersebut.Pun begitu United terus bangkit dan semakin hampir menuju gelaran liga yang ke 20.

6.MU 1-2 Crystal Palace 30.11.2011(Carling Cup Quarter Final)



Tewas kepada kelab liga divisyen bawahan adalah sesuatu yang susah diterima akal,lebih-lebih lagi apabila kekalahan itu terus melenyapkan harapan mara ke peringkat seterusnya.Walaupun tampil dengan skuad simpanan,United dilihat merendahkan kemampuan pasukan kerdil itu,sebaliknya mereka tampil dengan gol cantik untuk mendahului,memberi tekanan kepada barisan muda United,sebelum menang pada masa tambahan,yang menyaksikan United gagal buat kali kedua dalam tempoh dua tahun selepas bergelar juara dua tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...